nuffnang Ads

Rabu, 20 Mac 2013

SEKSAAN WANITA DI NERAKA.

Assalamualaikum semua :)

okee..rini aku rajin nak share benda yg baik untuk kita semua.
benda yg baik harus di share..bru la kena 'sharing is caring'
apa yang aku share ni pun sebenarnya untuk peringatan buat diri aku n kita semua..

 Berkata Ali r.a " Saya dan Fatimah telah  pergi ke rumah Rasulullah s.a.w apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah mengapa rasulullah menangis?'

Rasulullah bersabda " Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita. Antaranya..

 :: ANTARA SEKSAAN DI NERAKA UNTUK WANITA & SEBABNYA ::

wanita yang digantung dengan rambutnya & otak di kepalanya mendidih 
* wanita yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.
* wanita yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum di tuang ke dalam kerongkongnya.
* wanita yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking.
* wanita yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
* wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.
* wanita yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.
* wanita yang tuli,buta, dan bisu di dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga, dan mulut. badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.
* wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.
* wanita yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya ( rasulullah), maka Fatimah pun berkata " wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut" kemudian Rasulullah s.a.w bersabda " wahai anakku Fatimah, adapun ::
- wanita yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi ( melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.
- wanita yg digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.

Rasulullah s.a.w telah bersabda " seseorang wanita yang menyakiti suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. seorang wanita yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT dan para malaikat melaknatinya."

Dari Usman r.a berkata " seorang wanita yang mengatakan kepada suaminya dgn berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

- wanita yg bergantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
- wanita yg diikat dgn kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bgi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.
- wanita yg makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yg suka membicarakan aib orang lain.
- wanita yg memotong-motong badannya sendiri dgn gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yg melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yg dia pakai.
- wanita yg diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga smpai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dgn beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa TETAPI tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.
- wanita yg kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
- wanita yg berbentuk seperti anjing adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa " kalaulah semua yg ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata " Awak ini siapa, semua harta yg ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun". Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu bnyak."

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda "seseorang perempuan yg keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yg disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya."

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda " Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan  memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yg harum dan si suami pula membenarkannya. Maka sesungguhnya Allah SWT akan membngunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka."

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda " Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati. Maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu. "

p/s :: esok result spm kuar..doakan aku & kawan2 dapt result yg cemerlnag ya?
cukuplah dpt menggembirakan ibu bapa.. Bismillahi tawakkal tu a'lallah :)